?(222)? ?gicking Time Bomb? ????? ?? ???Rating: 4.6 (85 Ratings)??9751 Grabs Today. 47526 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Purple Whisp? ????? ?? ???Rating: 4.3 (452 Ratings)??9278 Grabs Today. 73402 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Splatt BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 31 Ogos 2010

~mAsAlAh pEmBUangAN BAyi~

Satu kaedah atasi masalah buang bayi

SHAH ALAM – Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim), Profesor Dr Harlina Halizah Siraj menyambut baik kempen nikah khitbah atau nikah gantung sebagai salah satu cara mengatasi masalah pembuangan bayi.

Beliau berkata, menurut agama, sememangnya nikah khitbah adalah sah di sisi Islam, cuma pada masa kini jarang dilaksanakan dengan pelbagai alasan.

Katanya, sesetengah ibu bapa menganggap anak-anak tidak perlu untuk nikah gantung dan bertindak menjalankan terus majlis pernikahan tersebut pada satu masa tanpa mengira kewangan yang ada.

“Dari sudut prosedur perkahwinan pula, pada masa sekarang lebih sukar berbanding dahulu kerana mereka yang ingin berkahwin terpaksa menyediakan pelbagai dokumen sehingga mereka menganggap perkahwinan sesuatu yang menyusahkan.

“Mereka bertindak sedemikian untuk lari daripada tanggungjawab yang lebih besar tanpa memikirkan masalah yang bakal tiba,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah gantung bagi mengelakkan kes buang bayi dari terus berleluasa.

Menurutnya, remaja sekarang mengamalkan hubungan terlarang apabila terdapat banyak halangan daripada pelbagai pihak dan keadaan yang tidak mengizinkan mereka berkahwin.

Katanya, langkah tersebut sememangnya usaha yang baik dari pihak tertentu untuk mencegah pembuangan bayi tetapi ia bergantung kepada individu itu sendiri.

“Banyak usaha dan cara yang disarankan tetapi ia tidak akan membantu sekiranya individu tersebut tetap tidak berubah ke arah yang diredai.

“Ia tidak akan menjadi penyelesaian menyeluruh sekiranya manusia masih tidak mengikut peraturan dan landasan yang ditetapkan Allah SWT,” katanya.

Menurutnya, jika mereka dibenarkan berkahwin tetapi masih tidak berubah dan kembali ke jalan yang benar, masalah akan timbul di kemudian hari dan akhirnya menggugat ikatan tersebut.

Katanya, pokok pangkalnya adalah manusia itu sendiri dan bagaimana cara untuk menjaga kehormatan dan tingkah laku agar tidak terpedaya dengan hasutan syaitan.

“Sebagai seorang wanita, wajib bagi kita untuk menjaga kehormatan dan tingkah laku agar nafsu dapat dibendung daripada terus bermaharajalela.

“Saya menyokong setiap usaha yang disarankan untuk membendung masalah ini memandangkan campur tangan daripada pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan pada masa kini,” katanya.

0 ulasan: